Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Keputusan Penuh Berdasarkan Tempat Mengundi dan Saluran PRK Kerdau


UNDI POS
BN 39 PAS 11 ROSAK 1 MAJORITI 28 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG
SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU
SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458
SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 MAJORITI 11 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22
SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281
SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 130 JUMLAH 320
SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 89 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM
SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276
SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 MAJORITI 111 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG
SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL
SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR
SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257
SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 MAJORITI 105 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25
SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23
SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334
SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 MAJORITI 257 JUMLAH 530
SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 MAJORITI 116 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI
SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI
SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG
SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346

SEK MEN KEB KERDAU
SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33
SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 MAJORITI 135 JUMLAH 401
SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 MAJORITI 75 JUMLAH 381


JUMLAH KESELURUHAN : 
PAS - 2336 
BN - 5060 
BN MENANG MAJORITI 2724

Confirm: Rakyat Kerdau tolak Anwar & PAS !!!

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Kerdau dan Merlimau hari ini dengan majoriti besar berbanding prestasi tiga tahun lalu.

Di Kerdau, BN memperoleh majoriti 2,724 undi manakala di Merlimau pula merekodkan kelebihan 3,643 undi.

Pada 8 Mac 2008, BN menang dengan kelebihan 1,615 undi di Kerdau dan 2,154 undi di Merlimau.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS mendapat 2,336 undi.

Dalam pada itu, di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, bersaing dengan wakil PAS, Yuhaizat Abdullah, 38.

Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizat pula memperoleh 2,319 undi.
Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

Keputusan rasmi kedua-dua kerusi diumumkan sekitar 8.15 malam ini.

Di Merlimau, BN memenangi kesemua 22 saluran di tujuh pusat mengundi.

Selain majoriti, BN juga menyaksikan peningkatan undi berbanding 2008. Bagaimanapun jumlah undi PAS menurun di kedua-dua kerusi Kerdau dan Merlimau.

Pada 8 Mac 2008, BN menerima 4,981 undi manakala PAS pula 2,827 undi di Merlimau.

Keadaan yang sama disaksikan di Kerdau di mana undi BN mengalami peningkatan manakala PAS pula sebaliknya.

Kali ini BN menerima sebanyak 5,962 undi berbanding 4,135 undi pada 2008 manakala PAS hanya memperoleh 2,336 undi berbanding 2,520 undi diterimanya tiga tahun lalu.

Rahimi bongkar rahsia penting Anuwar malam ni !!!

Bertempat di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Desa Murni Kerdau, malam ini tepat jam 9 akan berkumandang ceramah kemuncak..!

Giliran bekas Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim, anak muda tempatan bernama Rahimi Osman akan membongkar segala rahsia bekas bossnya itu.

Kepada warga Kerdau, datanglah beramai ramai dan jangan lepaskan peluang terbaik ini..!

- MIK

BN adil: Calon PAS dapat tender Hospital Temerloh

Saudara Pengarang,

Saya amat tertarik dengan pendedahan berkaitan calon Pas untuk PRK Kerdau dan Merlimau. Isu yang mereka mainkan ialah kerajaan BN zalim. Persoalannya benarkah zalim ?

Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad Abdullah tinggal di kuarters kerajaan iaitu penempatan yang disediakan bagi pegawai kerajaan termasuklah kepada isterinya seorang guru. Jika kerajaan zalim tentunya dia telah awal-awal lagi dihambat keluar ekoran bertanding atas tiket pembangkang. Namun demikian, kerajaan tidak pernah menyentuh berkaitan hal terbabit apatah lagi untuk mengungkit apa yang telah disediakan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan calon Pas di Kerdau, Hassanuddin Salim, yang dikhabarkan mendapat tender kerajaan di Hospital Temerloh yang sepenuhnya adalah milik kerajaan.

Namun demikian tiada sesiapa yang mengungkit berkaitan hal terbabit malah apabila ada media mengajukan kepada Menteri Besarnya, jawabnya, “kita adalah kerajaan yang adil, semua rakyat mendapat layanan sama rata tanpa melihat idealogi politik termasuklah dalam pemberian tender. Jika tidak bagaimana pula mereka nak cari makan… mereka pun ada anak bini.”

Terfikir, tak malukah calon Pas ini. Mereka membuat pelbagai tuduhan pada kerajaan dan kepimpinan BN. Itu belum lagi dengan fitnah dan caci maki mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka mendapat nikmat kesenangan hasil daripada BN. Tumpang teduh hujan panas bawah bumbung yang dibina oleh kerajaan BN, cari makan dengan mengharapkan bantuan kerajaan BN tapi masih lagi terus tuduh BN zalim.

Memang tak tahu dek untung, ibarat anjing tersepit, sudahlah ditolong tapi yang menolong pula mahu digigitnya.

Kerajaan memang langsung tak pernah mengharapkan rakyatnya ucap terima kasih atas apa yang dilaksana. Begitu juga penghargaan tapi sekurang-kurangnya sebagai seorang Islam, tentunya dia tahu mensyukuri nikmat Allah S.W.T tanpa kufur atas apa yang diberikan.

Terbukti bahawa inilah wajah dan perangai orang-orang Pas.

Sedar diri,
Airika Malek

PAS anggap penduduk Kerdau tak perlukan Ustaz !!!

Untuk memenangi hati orang ramai bukan mudah, tetapi siapa sangka, calon BN di DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad hanya menggunakan pendekatan ringkas, iaitu berjumpa dan terus berjumpa dengan pengundi.

Sambil memberitahu masih ada yang belum ditemui dalam kempen setakat hari keempat semalam, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Syed Ibra" menjelaskan:

"Kita perlu bergerak lebih banyak walaupun kadang-kadang dah ada di tempat itu yang kita dah jumpa, kita kena ulang lagi."

Menurutnya juga, dengan pendekatan itu, semua orang yang ditemuinya "tiada masalah" dan tiada yang mengelak kedatangannya - reaksi balas yang didakwa menyenangkan hati.

"Alhamdulllah, (saya) tak ada letak tangan atas dahi (tanda susah hati), tak ada. (Saya) tidur lena aman sejak mula lagi," katanya sambil ketawa kecil.

Dalam pilihan raya kecil DUN itu 6 Mac ini, beliau akan ditentang calon PAS Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

"Ini biasalah, mereka bergurau. Tetapi kita tak bolehlah mempermudahkan sokongan mereka itu," tegasnya lagi yang mengaku mendapat "sokongan kuat" dalam keadaan "badan sihat".

Sarjana Bahasa Arab daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam - itu juga berkata sokongan kuat terhadapanya tergambar dari awal lagi.

"Saya tengok dari hari mula penamaan calon lagi, masyarakat turun begitu ramai memberikan sokongan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai (perarakan). Itu sebagai bukti mereka menyokong," katanya.

Diminta mengulas kempen lawannya Hassanuddin, beliau berkata, masing-masing mempunya cara tersendiri bagi mendekati pengundi.

Bagaimanapun, tambahnya, dengan "kebijaksaan strategi BN", beliau yakin DUN Kerdau akan tetap dipertahankannya.

Nak agama, nak pembangunan

Bagi bapa kepada tiga anak itu, sepanjang empat hari berkempen, semuanya berlangsung harmoni seperti sebuah keluarga.

Sebagai seorang ustaz dan seorang penasihat agama kepada menteri besar, Syed Ibrahim juga berpendapat penduduk di DUN itu bukan sahaja mahukan pembangunan, tetapi juga calon yang arif dalam bidang agama.

Mengulas kenyataan naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 28 Februari bahawa Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, Syed Ibrahim berangapan itu hanyalah kenyataan politik.

Dalam pilihan raya kecil Ahad depan, serentak dengan Merlimau, seramai 8,999 pengundi akan membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan BN atau beralih angin kepada PAS.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim sebagai calon pilihan, dijangka makin diasak hebat oleh pembangkang yang menjadikan isu kebajikan peneroka Felda sebagai senjata utamanya memandangnya pengundi di kawasan itu mewakili satu pertiga daripada keseluruhan pengundi.

Golongan muda Kerdau tidak sealiran dengan pembangkang !!!

Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cubaan pembangkang mempengaruhi pemikiran golongan belia supaya tidak menyokong kerajaan juga kini tidak lagi berjaya. Golongan belia telah menyedari bahawa parti pembangkang tidak mampu memenuhi kehendak dan aspirasi mereka seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka. Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu, antara punca kekalahan BN di beberapa buah negeri dan kerusi tertentu ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda,” katanya selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia di Kampung Kuala Tekal dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, golongan muda kini menyedari bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

“Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan program bagi setiap lapisan masyarakat khususnya kepada generasi muda yang menyebabkan pembangkang sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan.

Walaupun kajian dibuat menunjukkan peratusan bahawa golongan belia di Kerdau menyokong calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad, namun saya tetap merayu agar kita gerakkan lagi gerakkerja kita bagi menarik lebih ramai penyokong BN, selain mengekalkan momentum sokongan golongan belia kepada BN, seterusnya memastikan kemenangan calon kita, 6 Mac ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, kementeriannya akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewujudkan projek ternakan ikan dalam sangkar kepada golongan muda di DUN itu khususnya yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dengan usaha dan pendekatan yang dibuat, beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan.

– MediaUMNO

Anuwar mula gelabah bila Rahimi berceramah di Kerdau !!!

Mengikut laporan GAP, penjaga "diari merah" Anwar Ibrahim yg merupakan anak tempatan temerloh akan mengadakan ceramah sulongnya di PRK Kerdau... 

Maklumat tentang Rahimi Osman ?
Anda kenal Rahimi Osman ? Namanya cukup famous di kalangan ahli PKR, tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi lelaki misteri kerana tidak dapat dikesan, walaupun perintah mahkamah memerlukan kehadirannya untuk proses pengecaman kes liwat Anwar Ibrahim.

Siapa Rahimi Osman ? Penama ini adalah bekas pegawai khas Anwar Ibrahim mewarisi 'dairi merah'(istilah popular di kalangan inner circle Anwar untuk menggambarkan betapa dekatnya hubungan dengan Anwar sebagai penjaga dairi) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad. Mula direkrut oleh Nik Nazmi sebagai pembantunya untuk mengupdate laman anwaribrahimblog setelah gagal menamatkan pengajiannya di UIA, sekitar Mac 2007.

Ketika itu, Anwar Ibrahim menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di SAIS, John Hopkins dan Universiti Georgetown. Tetapi dalam masa sama, Anwar sekali sekala pulang bercuti di Malaysia dan membantu kerja-kerja parti. Ketika itu juga Anwar mempunyai tiga ofis, di Washington/Dubai diuruskan oleh Aasil Kazi Ahmad, di Seksyen 16, Petaling Jaya diuruskan oleh tiga pegawai khas, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan Sim Tze Tzin.

Manakala satu lagi ofis Anwar adalah di Phileo Damansara (Yayasan Aman) yang diuruskan oleh Nathaniel Tan(Nat). Nat juga merupakan Setiausaha Foundation For The Future yang Anwar merupakan pengerusi dan Presiden yayasan demokrasi Amerika Syarikat untuk Timur Tengah itu.

Jadi Rahimi bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya. Semasa PRU 12, ketiga-ketiga pegawai khas Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ bertanding pilihanraya, maka Rahimi dilantik mengambil alih tugas Nik Nazmi sebagai pegawai khas Anwar.

Semasa PRU 12, PKR kekurangan tenaga kerja. Rahimi menjadi 'superman'. Dari menjaga Anwar hinggalah menjadi posmen menghantar poster ke Pulau Pinang. Ketika itu, Rahimi adalah Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik kepada Anwar. Dia juga lah Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC).

Bagaimana Saiful boleh bekerja di pejabat Anwar ?

Menurut keterangan Saiful di mahkamah, pada awal Mac 2008, dia mendapat panggilan telefon daripada kenalan sekolahnya (SMK Damansara Utama), Rahimi Osman. Rahimi telefon untuk ajak dia berborak di pejabatnya, Seksyen 16, PJ. Ketika berkunjung ke pejabat Anwar, Rahimi bertanyakannya apakah dia sudah bekerja sekarang. Saiful menjawab, tidak. Rahimi bertanya lagi, adakah dia berminat bekerja membantu pejabat Anwar, kerana ketika itu kekurangan tenaga kerja. Saiful mendiamkan diri. Rahimi seterusnya menjemput Saiful masuk ke bilik mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Anwar berkenaan dengan program pilihanraya.

Selepas Anwar memasuki bilik mesyuarat, Rahimi memperkenalkan Saiful kepada Anwar. Mereka bersalam, sambil Anwar berkata, "I appreciated your help for helping us".

Menurut Saiful lagi, dia mula bekerja di pejabat Anwar sebagai sukarelawan, kira-kira seminggu sebelum PRU 12. Tugasnya antara lain mengatur jadual perjalanan pilihanraya, membantu Rahimi dan kadang kala mengikuti ceramah-ceramah politik Anwar.

Sekitar April 2008, Rahimi dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Sulit, manakala Saiful juga turut dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar. Pelantikan dibuat secara lisan oleh Anwar sendiri. Ketika itu, tugas Rahimi sebagai penjaga 'dairi merah' iaitu pencatat jadual perjalanan Anwar. Begitu juga dengan tugas Saiful. Semakin bertambah, antaranya mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti, membantu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ, memfiling dokumen-dokumen sulit dan menyemak handphone peribadi milik Anwar.

Rahimi dan Saiful letak jawatan

Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Rahimi juga mengambil langkah sama meletakkan jawatannya dengan alasan untuk menumpukan bisnes keluarga.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kedua-dua pegawai Anwar itu meletakkan jawatan ?

Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi, Rahimi Osman mengatur pertemuannya dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang. Turut bersama Saiful dan Rahimi adalah bapa saudara Saiful, Tuah Mohamad Ali.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA