Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Orang PAS sendiri akui calonnya sombong & tidak mesra !!!

Majlis Maulidur Rasul yang berlangsung di Kg Tekal dihadiri oleh Calon PAS Hasanudin dan Calon BN Ustaz Ibra, Adun PAS Kuala Semantan YB Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.:klik sini

Orang PAS sendiri kata calon mereka sombong dan tidak mesra, itulah kata kata seorang lelaki lingkungan 40an yang mengelar dirinya abang mat.Katanya kami dah kenal lama dengan calon PAS memang perangainya dari dulu tidak pernah ubah.

Sebaik saja tamat majlis maulidur rasul dan solat isyak,kesemua hadirin dijemput orang kampung menikmati jamuan yang disediakan.

Namun semalam keharmonian tersebut di cemar dengan sikap calon PAS hingga menyakitkan hati orang orang kampung apabila beliau menolak untuk turut makan bersama Calon BN Ustaz Ibra,YB PAS Syed Hamid dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Hasanudin berasakan tercabar apabila beliau terpaksa mengaminkan doa calon BN malah beliau pula terpaksa duduk dibelakang hinggakan mukanya langsung tidak mampu untuk senyum.

Sebaik solat Isyak,Hasanudin terus beredar tidak mahu bersama sama penduduk kampung. Sombong dan angkuh!

Tindakan Hasanudin bertepatan dengan sikap wali selipar Nik Aziz yang akan memperlekehkan mana mana pihak yang tidak memeluk Isle PAS.Busuk punya olang...ptuiihh!

MB Pahang sedia tolong PAS tampal poster isyarat lucah di Kerdau !!

Apa isu di Kerdau? Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

“Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Adnan berkata BN akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah mereka.

Kerusi Kerdau dahulunya dikenali sebagai Sanggang dan terletak dalam kawasan Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula pada 2004, Kerdau diletakkan dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu “isyarat tangan” yang dianggap lucah yang dikaitkan dengan beliau semasa kempen pilihan raya kecil Sanggang pada tahun 2000, Adnan secara sinis berkata PAS dialu-alukan menggunakan “isu lama” itu.

Secara berseloroh, Adnan berkata beliau sendiri sanggup membantu PAS menampal gambar beliau menunjukkan “isyarat tangan” itu di pokok-pokok sekitar Kerdau.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, BN akan diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau dan juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang.

Berdasarkan calon BN yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon yang “bukan sahaja boleh menang tapi cemerlang itu”, Syed Ibrahim, dilihat tidak akan menerima “serangan peribadi” daripada parti lawan.

Dalam tinjauan rambang, beberapa penduduk dan pengundi menyifatkan pemilihan Syed Ibrahim sebagai keputusan terbaik memandangkan beliau bukanlah nama asing bagi penduduk kawasan berkenaan. Malah beliau dilihat dekat di hati warga peneroka terutamanya di tiga kawasan Felda – Felda Jengka 22, 23, dan 24, yang hampir separuh pengundi di kawasan DUN itu datangnya dari kawasan berkenaan.

Syed Ibrahim sering mengadakan ceramah agama di masjid-masjid di Kerdau sekaligus memperlihatkan beliau seorang yang berkualiti sebagai pemimpin akar umbi.

Naib Ketua Umno Cawangan Kerdau, Abdul Rahman Abdul Rashid, juga menegaskan tiada isu besar di Kerdau kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program pembangunan di situ sejak dahulu lagi.

Beliau berkata semua kampung tradisonal termasuk kawasan Felda mempunyai rangkaian jalan bertar, balai raya, dewan, masjid dan surau.

Malah, sebuah perkampungan Orang Asli disitu juga telah dibekalkan dengan kemudahan elektrik dan air paip 24 jam.

Mengenai pemilihan Syed Ibrahim, Abdul Rahman berkata ia adalah pilihan tepat kerana Syed Ibrahim mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk membantu penduduk di situ.

Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal berkata sekalipun Kerdau dilihat sebagai kubu kuat BN, PAS yakin akan mendapat sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

“PAS telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan, dan sebahagian besar adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah dan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata sekalipun BN beranggapan PAS tidak dapat membangkitkan isu-isu tempatan, parti itu akan mengutarakan beberapa isu nasional untuk menarik pengundi.

“Berdasarkan trend politik sekarang serta penambahan pengundi baru, PAS yakin akan tetap mendapat sokongan pengundi kawasan berkenaan. Apa pun kita tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional,” kata Roslan.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN pada 12 Feb lepas. Dalam pilihan raya umum lepas, beliau menewakan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

Nik Aziz biadap di Kerdau !!!

“Apakah beliau lupa perumpaan Melayu yang menyebut kalau kita masuk rumah orang buat cara masuk rumah orang dan jangan sesuka hati kita sahaja. Mintalah kebenaran dan sebagainya demi kesejahteraan bersama agar tidak menimbulkan sebarang perkara yang menjejaskan perpaduan dan sebagainya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta mana-mana pemimpin Pas agar belajar menghormati institusi masjid dan bukannya secara “semberono” menerjah untuk mengadakan tazkirah dan sebagainya atas kepentingan politik.

Menurut beliau perkara itu tidak sewajarnya berlaku dan pihak institusi yang menguruskan masjid perlulah dihormati dan bukannya berlagak ala samseng demi memenuhi kepentingan mereka.

“Apakah beliau lupa perumpaan Melayu yang menyebut kalau kita masuk rumah orang buat cara masuk rumah orang dan jangan sesuka hati kita sahaja. Mintalah kebenaran dan sebagainya demi kesejahteraan bersama agar tidak menimbulkan sebarang perkara yang menjejaskan perpaduan dan sebagainya.

“Justeru apa yang berlaku di Masjid Rumpun Makmur selepas solat Jumaat yang lalu adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan kerana tanpa segan silu mengenepikan jawatankuasa masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas luahan Siak Masjid Rumpun Makmur, Kerdau, Rusli Jati, 54 ekoran peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan Jumaat lalu, yang mana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberikan tazkirah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak jawatankuasa masjid sejurus selesai solat Jumaat semalam.

Justeru Ahmad Maslan berharap perkara yang sama tidak akan terus berlaku lagi selepas ini terutama sepanjang tempoh kempen yang berlangsung sehingga 6 Mac nanti.

“Kita percaya mereka akan terus memperhebatkan kempen dan dalam keghairahan berkempen itu, janganlah cuba memecahbelahkan perpaduan anak-anak qariah di kawasan ini dengan tindakan yang tidak sepatutnya. Berkempenlah secara sihat,” katanya. -MediaUMNO

Tanpa Penyokong: Benarkah Calon PAS mungkin tarik diri ?


Semalam MiM berada di Surau Kampung Kuala Tekal, DUN Kerdau sempena sambutan Maulidur Rasul. Di adakan program ceramah dan Hadrah selepas sembahyang Maghrib. Ustaz Syed Ibrahim, calon BN telah mendoakan program tersebut.

Di dalam ramai jemaah yang mengikuti program tersebut, Hassanuddin Salim, calon PAS turut berada di sana!

Tak sangka kerana selama ini, parti PAS sering kali menghina parti UMNO dan menuduh UMNO sebagai kafir tetapi kehadiran calon PAS yang juga mengaminkan doa Ustaz Syed Ibrahim.

Kiranya, Hassanuddin Salim sudah mengaku kalah dan menerima Ustaz Syed Ibrahim sebagai calon rakyat di PRK Kerdau! Kan bagus jika calon PAS Kerdau menarik diri sahaja dari pilihanraya Kerdau, beliau datang ke Surau Kampung Kuala Tekal pun tanpa penyokong-penyokong beliau.

Apakah ini bermakna calon PAS Kerdau telah disisihkan kerana mereka tahu calon PAS akan kalah?

Sumber: MIM

Calon BN tak ada ijazah dari Al Azhar ?


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.
“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.
“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.
Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.
Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.
“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.
“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.
Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. -MediaUMNO.

Nik AJIS hina Kadi Daerah Bentong !

Pengundi Kerdau diyakini cukup bijak dan matang untuk membuat penilaian terhadap tindakan Pas yang meletakkan calon kitar semula mereka, Hassanuddin Salim untuk bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Walaupun dilihat Pas seolah-olah ketandusan calon namun Ketua UMNO Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said berkata apa yang lebih penting pengundi akan melihat kepada rekod wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang begitu cemerlang menguruskan kawasan berkenaan.

Justeru beliau percaya pengundi DUN Kerdau akan sekali lagi memberikan kepercayaan kepada BN untuk membela nasib mereka berbanding calon Pas yang sudah ditolak pengundi sebelum ini .

“Kita memang jangkakan Pas akan letak calon yang lama dan kita sebagaimana pesanan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kita tidak akan bersikap takbur.

“Sebaliknya BN akan terus bekerja kuat dan melipatgandakan usaha untuk memastikan calon kita, Syed Ibrahim Syed Ahmad menang. Itu adalah komitmen kiita,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ketika ditanya apakah tindakan Pas meletakkan calon kitar semula itu seolah-olah melepaskan batuk ditangga, Datuk Ismail berkata perkara itu hanya Pas yang tahu.

“Namun kalau mereka tidak bersungguh-sungguh takkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri turun ke Kerdau dan memberikan tazkirah hingga sanggup menghina Kadi Daerah Bentong sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Rumpun Makmur tadi.

“Perkara ini cukup malang dan saya amat kecewa sekali kerana Nik Aziz sanggup berbuat demikian di hadapan Kadi dan Jemaah yang lain. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku selepas ini,” katanya.

Berhubung proses penamaan calon esok, beliau menjangkakan 10,000 penyokong BN akan mengiri calon, Syed Ibrahim Syed Ahmad ke pusat penamaan calon esok di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. -MediaUMNO

Tuan Ibrahim bersedia lompat parti ?

Apa la mangkuk sangat puak - puak Parti Angguk Saja ni. Macam dah tak de orang lain yang nak dipilihnya sebagai calon.

Kesian la kat Tuan ibrahim. Nama dia tak dipilih menjadi calon untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kerdau ni.

Mau dia menangis air mata darah ketika Nik Aziz umumkan nama Hassanuddin Salim sebagai wakil mereka dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ni.

Kenapa pilih Hassanuddin? Dia dah dua kali berturut - turut tewas dalam Pilihanraya yang lalu. Tapi masih jugak diorang pilih dia. Kenapa?

Apa keistimewaan dia ni? Kenapa diorang tak pilih Tuan Ibrahim? Takut nanti kalau kalah, buruk muka Pesuruhjaya PAS Pahang ni agaknya.

Jadi pilih la si Hassanuddin ni. Kalau kalah, Tuan Ibrahim tak malu. Yang malunya nanti Hassanuddin dan PAS Pusat.

Yang jelas, PAS dah ketandusan calon sebenarnya. Diorang takde dah calon lain. terpaksa la pakai 'barang reject' macam si Hassanuddin ni.

Itu pun masih jugak diorang tak sedarkan diri. Masih jugak terasa diri lagi bagus daripada orang lain. Guna Islam sebagai agenda politik. Tak malu punya manusia. Ceit!!! Pigidah!!!

- semut hitam

Biodata Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Calon BN Kerdau)

Hadiah paling berharga untuk rakyat Kerdau
Lepasan Universiti Al Azhar yang penuh kaliber jadi calon BN. 

Undilah Barisan Nasional !!!

---------------------------------------

BIODATA CALON

Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
-------------------------------------------------------
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
 -------------------------------------------------------
Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Syed Ibrahim yang dilahirkan di Kampung Kuala Tekal, Temerloh, Pahang mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Temerloh iaitu di Sek Ren Keb Kuala Krau, Sek Men Agama Al-Kahiriah dan kemudiannya di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Syed Ibrahim pernah bertugas sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah (1993-1996) selain mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Arab di Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh (1997–2000); sebelum menjadi Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan kemudiannya menjawat Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Sharifah Farunai Syed Ahmad yang juga mempunyai pengalaman sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Darul Naim. Rumahtangga beliau dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili BN menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

BN memperoleh 4,135 undi manakala PAS pula meraih 2,520 undi.

Orang Asli Kerdau bijak !!!

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata masyarakat Orang Asli perlu bijak memilih wakil rakyat mereka yang dilihat berkeupayaan untuk membawa perubahan kepada masyarakat minoriti itu.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang dibuat pelbagai pihak dalam usaha memancing undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau nanti.

"Saya percaya Orang Asli kini bijak untuk menilai janji janji tersebut sama ada palsu atau untuk kepentingan politik sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penduduk Orang Asli Kampung Paya Sendayan Kerdau di sini.

Perkampungan itu merupakan satu-satunya perkampungan Orang Asli di kawasan DUN Kerdau yang didiami lebih 1,000 orang penduduk. - Bernama

Demi PRK, tiba-tiba PAS sokong perjuangan Melayu !!!

Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut.

“Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain.

“Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini.

“Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya.

Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP.

“Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam.

Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini.

“Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP,” ujarnya.

BN syok sendiri di Kerdau ?

Barisan Nasional (BN) akan mengelak pendekatan kempen "syok sendiri" pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau yang juga Pengarah pilihan raya kecil itu sebaliknya berkata, BN akan menjalankan kempen secara berhemah dan merendah diri serta terus kepada pengundi.
Katanya, jentera BN akan mengunjungi rumah ke rumah bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung sebarang isu dan masalah yang timbul.
"Apa guna kalau kita berceramah, tengok-tengok orang kita juga yang hadir, Exco Pemuda UMNO berceramah dengan Pemuda UMNO, apa faedahnya," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra pelajar-pelajar anak Pahang dari universiti-universiti di Mesir di sini, hari ini.

Katanya, setiap ahli jentera yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat diberikan tugasan untuk meraih sokongan sebilangan pengundi.

Adnan berkata, pendekatan berkenaan bukan baru malah telah memberi impak positif ketika pilihan raya kecil Sanggang pada April 2000.

Mengulas sama ada BN mampu meraih kemenangan dan memperoleh majoriti yang besar, Adnan berkata "kalau kita kata kita yakin, ia terletak pada rakyat, rakyat yang menentukan".
Bagaimanapun, katanya, BN mampu meraih kemenangan berdasarkan sifat penduduk DUN Kerdau yang bukan anti pihak berkuasa, setia dan bijak dalam membuat keputusan.

"Dengan harga kelapa sawit dan getah yang begitu baik, saya ingat sukarlah orang nak meracun fikiran pengundi-pengundi," katanya.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini. - BERNAMA

Big Boss No. 3 PAS akan di"korban"kan di Kerdau !!!

Kepimpinan tertinggi PAS telah memilih calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau pada mesyuarat di ibu pejabat parti di sini pada Ahad, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon itu bagaimanapun akan hanya diumum oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kerdau pada Khamis.

"Kami telah memilih calon itu semasa mesyuarat Dewan Harian (jawatankuasa pengurusan) hari ini. Ia akan hanya diumum serentak dengan calon Merlimau Khamis ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa parti itu telah memilih naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua bahagian PAS Kuala Krau untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Spekulasi itu timbul selepas tugasnya sebagai pengarah parti untuk pilihan raya kecil Merlimau digantikan dengan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang sama hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN kawasan Jengka.

Pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan Merlimau. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pencalonan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, dari Barisan Nasional, pada 12 Feb.

BERNAMA


Pengerusi PKR Kuala Krau untuk kerusi DUN Kerdau.

Calon paling layak untuk Pakatan Rakyat di Kerdau
Blog Pahang-Ku cuba membuat provokasi dan spekulasi bahawa Dato' Fauzi berminat untuk bertanding di DUN kerdau dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya tidak nafikan kemungkinan besar keinginannya untuk menjadi YB adalah sangat tinggi biarpun tubuhnya yang 'kemetot' itu tidak lah setinggi cita-cita politik peribadinya. Namun sebagai pemimpin utama PKR di Pahang, beliau tidak sepatutnya bersikap tamakkan jawatan dan perlu juga mengutamakan pemimpin bawahannya yang lebih layak untuk dicalonkan.

Sebagai Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, Haji Suhaimi Said adalah calon yang lebih layak untuk dipertandingkan mewakili PKR. (Maaf!, kali ini Pas tidak perlulah menyibuk dan menuntut lagi bertanding bagi kerusi DUN ini, walaupun ramai melihat kali ini dan disini peluang Pas adalah lebih cerah dari PKR) Ini diasaskan oleh hubungannya yang erat dengan masyarakat tempatan terutamanya dengan orang asal. Hubungan dan peribadi beliau dilihat sebagi faktor penyumbang utama kemenangan beliau jika diberikan peluang bertanding. Cuma diharapkan agar Pas jangan melakukan apa-apa sabotaj dan menikamnya dari belakang.

Blog Pahang Daily Online menulis mengenai calon Pas dahulu sebagai calon yang sesuai untuk PRK DUN Kerdau nanti. Calon yang dimaksudkannya telah tewas dalam PRU dahulu dan saya berpendapat tidak wajar dipertandingkan semula selain dari alasan tamakkan kuasa. PDO tidak menyebut tentang calon berpotensi PKR yang saya sebutkan tadi mungkin kerana CMK sudah patah hati terhadap PKR lalu bersikap bias dalam membuat kenyataan.

Bagaimanapun, jika pembangkang ingin memenangi DUN Kerdau ini, Pas mesti beralah dan PKR patut calonkan Haji Suhaimi Said.

- Braveheart

Kerdau lubuk paling kuat PAS di Pahang


Bagi Pas, kemenangan di Kerdau pada kali ini merupakan satu kejayaan menawan kubu kuat BN yang sudah bertahan 13 kali pilihan raya. Malah umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.
------------------------------------------
 Umum sudah pun mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dilangsungkan pada 6 Mac depan serentak dengan PRK DUN Merlimau.

Melihat kepada keputusan itu, pastinya Barisan Nasional (BN) Pahang mahupun Pas Pahang sudah merangkan gerak kerja atau jentera parti masing-masing meskipun dalam tempoh yang amat singkat untuk melakukan persediaan.

Apa pun, PRK ini harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi di negara ini yang mana sesuatu Kerusi DUN ataupun Parlimen perlu diisi apabila berlaku kekosongan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menyentuh mengenai PRK ini pastinya umum tertanya-tanya siapakah calon-calon yang layak untuk diletakkan oleh BN dan Pas dan kredibiliti calon-calon ini pastinya akan menentukan kejayaan kedua-dua parti yang bertanding.

BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Difahamkan empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Manakala bagi Pas pula, tiga nama yang difahamkan dipendekkan daripada tujuh nama pada peringkat awal adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim yang juga bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini.

Adalah sesuatu yang amat menarik mengenai PRK Kerdau pada kali ini apabila Pas dikatakan cuba meletakkan calon popular yang boleh menggugat BN yang pastinya mahu mempertahankan Kerusi Kerdau yang mereka menangi sebanyak 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sanggang (1999).

Dengan 8,999 pengundi berdaftar dengan 88.36 peratus adalah Melayu, pastinya mana-mana parti pun tidak berani mempertaruhkan calon yang bukan Melayu kerana risikonya cukup tinggi.

Malah umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.

Seperti mana yang dikatakan Tuan Ibrahim sendiri, peluang di Kerdau untuk Pas adalah 50-50 kerana banyak isu-isu boleh dibangkitkan terutamanya mengenai pembangunan di Kerdau sendiri sepanjang di bawah pemerintahan BN.

Sama ada isu yang akan dibangkitkan itu relevan atau tidak hanya rakyat di Kerdau sahaja boleh menentukan sama ada pembangunan yang diharapkan itu berlaku atau tidak.

Manakala bagi BN pula, peluang untuk mereka menang dilihat agak cerah berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.

Mereka pastinya mahukan calon yang popular dan boleh menang bagi menggalas ‘wasiat’ yang ditinggalkan oleh Zaharuddin sebelum ini.

Penting bagi BN untuk menjelaskan kepada rakyat Kerdau mengenai pembangunan di kawasan itu agar keyakinan yang tertanam sebelum ini akan terus hidup subur di terus segar.

Apa pun segala keputusan terletak di tangan para pengundi yang akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka pada 6 Mac nanti yang pastinya memperlihatkan satu pertandingan yang sengit.

Bagi BN pula tugas mereka adalah untuk mempertahankan kerusi adalah lebih penting daripada meningkatkan jumlah majoriti yang diperoleh Zaharuddin sebelum ini.

Manakala bagi Pas pula, kemenangan pada kali ini merupakan satu kejayaan menawan kubu BN yang sudah bertahan 13 kali pilihan raya. -SH

Siapakah Tuan Syed Ibrahim bin Syed Mohamad al Yahya di Kerdau ???

Bila Dato Sri Najib melihat kepada 4 nama yang di kemukakan sebagai bakal calun DUN Kerdau, dia akan kenal satu sahaja nama. Nama tersebut ialah nama Tuan Syed Ibrahim bin Syed Mohamad al Yahya.

Saya tidak nampak ada calun yang boleh menyaingi Tuan Syed dalam segi boleh memenangkan UMNO. Ini lah masa nya UMNO menunjukkan yang ia mahukan calun yang winnable. Saya percaya calun calun lain semua nya bagus bagus belaka. Tapi kalau kita nak cari yang terbaik, yang winnable dan paling penting kepada saya, yang kuat berkerja, UMNO Pahang dan Kerdau mesti sokong Tuan Syed Ibrahim.

Sana sini kita dengar kita mesti selamatkan Malaysia. Saya sangat bersetuju dengan gesaan dan teriakan perang ini. Saya pun mahu selamatkan Malaysia dengan meletakkan UMNO itu pada asas yang betul. Antara cara nya ialah meletakkan bakat pimpinan yang kredibel. Kita lakukan apa yang di buat oleh Tun Razak dahulu- memilih calun berdasarkan kapasiti dan kemampuan berkerja.

Dan saya boleh bercakap mengenai Syed Ibrahim ini kerana saya mengenali dia dari bemula mula dia bertugas dengan MB Pahang sebagai pegawai agama. Ketika itu dia belum terkenal dan MB sendiri pun tidak menyedari tentang kehebatan Syed Ibrahim sebagai pendakwah dan pemidato yang hebat. Kelemahan ini sebahagian dari kelemahan UMNO yang lebih besar iaitu tidak memupuk atau groom pemimpin.

Kita tahu tradisi UMNO mencari pemimpin. Prinsip utama ialah siapa kita. Bukan nya prinsip apa kita boleh buat. Kerana orang UMNO melihat 'siapa kita' sebagai pembayang kepada kepimpinan, maka UMNO berdepan dengan banyak masaalah hari ini. Sebab nya, kita tidak ada simpanan modal bakat kepimpjnan untuk mengelokkan UMNO.

Jika kita anak bekas ADUN dahulu, maka kita di anggap mewarisi bakat kepimpinan si bapa. Kalau kita ada kedudukan tinggi dalam masyarakat, itu di anggap sebagai pembayang mutu diri kita. Maka kalau kita SFINO, dah- itu dah cukup untuk mengatakan kita berbakat besar. Ini disebut orang sebagai perlaksanaan norma norma askriptif- ascriptive norms. Yakni, greatness is inferred from the inherited social status of that person. Jika prinsip ini di pakai, maka UMNO akan ketandusan pemimpin yang berkualiti kerana ruang pencarian nya akan terhad kepada sama ada si fulan dan fulanah itu anak si anu, ada kedudukan, ada pertalian dengan pimpinan yang ada dan sebagainya. Kita pilih encik X sebab bapak dia lah yang membuka kampong ini. Kita pilih encik X kerana di pegawai kerajaan tinggi. Semua kriteria ini tidak menyebut lansung sama ada Mx X Mr X yang hendak kita pilih, boleh buat kerja atau tidak.

Negara dan parti yang maju memilih pemimpin bersandarkan prinsip achieved norms- yakni kita pilih seseorang berdasarkan pengamatan dia boleh melakukan sesuatu , boleh berkerja. Ini prinsip yang di pakai oleh Tun Razak dahulu. Dia tanya, boleh tak si fulan ini buat kerja bukan nya boleh tak si fulan ini di percayai( untuk senyap jika pemimpin lain melakukan aniaya).

Jadi, dalam memilih bakal ADUN Kerdau, elok lah UMNO memakai kriteria yang betul betul mentransformasi politik. Kita laksanakan apa yang kita cakap dengan memilih calun yang boleh malakukan perkara positif. Kita tidak mahu calun yang mempertaruhkan masa depan UMNO pada siapa dia, siapa keluarga dia, pada siapa dia kenal tapi kriteria yang utama iaitu apa dia boleh capai dan sumbangan kepada pencapaian- yilek.

Dan saya melihat tiada lah pegawai MB Pahang yang lebih kuat berkerja daripada Syed Ibrahim. Dan bila saya sebut kuat berkerja bukan nya berlakun kuat kerja depan si Samseng Kampung Dusun tu- tapi benar benar kuat kerja. Dari segi kerja kuat, saya rasa semua orang yang mengenali Habib Ibra ini tahu bagaimana kuat dia berkerja. Walaupun ada gastrik dan lembikkan diri, dia akan terus berkerja. Sesiapa yang mengenali Syed Ibra tahu, setiap bulan puasa, Syed Ibra ini akan lemah selemah dan longlai longlai nya, namun kecuali nak pengsan, dia akan terus berkerja.

DS Najib akan ingat begini: dari tahun 2000-2004, inilah orang yang sering kali datang ke daerah Pekan menyampaikan ceramah penerangan. Dalam tempoh tersebut, saya memegang jawatan sebagai ketua penerangan UMNO bahagian Pekan.

Ketika itu, Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti dia di panggil oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan saya di beri tahu, beliau tinggal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajaran nya. Jadi penguasaan nya keatas bahasa Arab sangat tinggi atau superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir. Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab saya di fahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.

Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu saya dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan lah, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.
Sebab nya satu sahaja. Kami bersetuju untuk tidak menyampaikan ceramah politik. Sebaliknya kita lebih gemar menyampaikan ceramah dan tazkirah mengenai perkara perkara kerohanian, keimaman dan tarbiyah membersihkan diri.

Daripada 150 lebih program yang saya aturkan di pekan dari tahun 2001-2004, Syed Ibrahim terlibat dalam lebih 40 program tersebut.

Saya rasa tidaklah ada orang dan tokoh yang lebih bertenaga membantu Dato Sri Najib mencapai kegemilangan setelah hanya menang tipis dalam pilihanraya 1999 dahulu dari Syed Ibra. Biarlah UMNO memperlakukan perkara dan layanan yang betul keatas orang yang berkerja keras untuk UMNO. Kerana memperlakukan yang hak dan betul keatas orang yang layak, merupakan satu kelamahan UMNO. UMNO kurang pandai dalam hal ini. Selalunya orang macam ini, tidak di pedulikan oleh UMNO.

Sebagai bandingan ada seorang lagi individu yang banyak melakukan kerja kuat untuk UMNO yang saya kenal. Orang yang saya maksudkan ialah Ustaz Hamid Derani dari Kelantan. Orang ini seperti juga Syed Ibra terlibat dalam lebih 40 program penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2001-2004. Apa yang UMNO lakukan kepada orang seperti Hamid Derani? Dia tidak di hargai dan tidak di pedulikan. Hari ini Hamid Derani menjadi pemidato PAS yang sangat berpengaruh. Di Pekan dahulu, bila Hamid Derani membacakan ayat ayat Quran atau membaca Quran sebagai mukaddimah, ada pendengar yang mengalirkan air mata.

Jadi dalam hal memilih calun untuk Kerdau, elok kita pakai prinsip memperlakukan yang hak keatas yang layak.

Saya rasa calun yang winnable untuk UMNO di Kerdau ialah Syed Ibrahim bin Syeid Ahmad al yahya.

Dan nasihat saya pada Syed Ibra ialah: sheikh, kalu boss tanya enta , enta berminat tak jadi calun, enta kata minat. Jangan ah.ah.ah. sebab puak dalam UMNO ini bukan faham erti kehalusan budi dan rendah diri. Selamat ya sheikh.

Dipetik dari - Sakmongkol AK47

Azmin Ali berperang dgn Mustapa Ali berebut kerusi !!

PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

"Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

"Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

Sementara itu FMT melaporkan penyokong PAS mahu rampas kerusi Keadilan: Kini wujud desakan supaya PAS mahu mengambil semula kerusi-kerusinya yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu, kata sumber hari ini.

Ia susulan tuntutan yang dibuat oleh penyokong dan ahli parti di negeri terbabit yang mahu calon PAS bertanding.

Antara paling kuat menyuarakan hasrat tersebut ialah para penyokong PAS Kelantan dan Negeri Sembilan.

"Ini bermakna kerusi-kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu akan ditandingi calon PAS.

"Ia termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR di Kelantan seperti kerusi Parlimen Machang yang dimenangi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"Tetapi kerusi-kerusi lain juga tidak terlepas," katanya.

Kerusi Parlimen Dungun ditandingi calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun ia merupakan kerusi tradisi PAS.

Di Negeri Sembilan, PAS negeri itu mahu menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat yang ditandingi calon PKR pada 2008.

"Ahli dan penyokong parti sudah menyuarakan perkara tersebut supaya PAS mengambil semula kerusi berkenaan. Sebahagian ahli yang lain pula mahu kerusi Serting dan Palong juga diambil dari PKR.

"Alasan mereka kerana tidak yakin dengan PKR yang diselubungi pergolakan demi pergolakan," kata sumber itu.

Sementara itu, Exco PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi ketika dihubungi berkata, perkara tersebut belum dibincangkan lagi dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, ini bermakna isu PAS mahu mengambil semula kerusinya yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR tidak timbul.

- TMI

Anwar belum putuskan parti mana di PRK Kerdau

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan parti mana yang akan bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada pilihan raya umum lepas pada 2008, kerusi DUN itu ditandingi oleh calon PAS.

"Bagi kerusi DUN Merlimau (Melaka), Majlis Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan calon PAS dan untuk kerusi DUN Kerdau kita akan tentukan nanti" katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, di sini.

Ditanya mengenai jentera pilihan raya pakatan pembangkang bagi kedua-dua kawasan itu, beliau berkata: "Jentera pilihan raya kita baik dan memuaskan. Kita belum melancarkan sepenuhnya lagi."

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak pada 6 Mac ini manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Feb ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim ,dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

PKR lebih kuat berbanding PAS di Kerdau

Kerusi KERDAU merupakan "hak semulajadi" PAS, namun kekuatan PKR sebenarnya melebihi PAS memandangkan parti itu mempunyai calon tempatan berwibawa, antaranya Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Berada kira-kira 20 kilometer daripada pusat bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra, serta peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dalam pada itu, jentera Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang remeh kemampuan pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin pembangkang akan memberi tentangan sengit kepada BN kerana kawasan tersebut merupakan salah satu kubu kuat mereka.

Katanya, di kawasan DUN Kerdau terdapat ramai pemimpin tempatan pembangkang yang dikatakan sebagai 'individu pilihan' untuk menjadi calon selain mahu menunjukkan 'kebangkitan' mereka selepas tewas dalam beberapa PRK sebelum ini.

"Bagaimanapun kita akan pastikan semua dakyah pembangkang di kawasan tersebut terbongkar dan kita akan mengerakkan jentera BN dalam masa terdekat untuk memenangi hari rakyat.

"Usaha itu penting bagi memastikan pemikiran pengundi di DUN Kerdau tidak dikaburi dengan janji ilusi pembangkang melalui ceramah atau saluran lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahmad, beliau yakin BN mmpu mengekalkan kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya yang akan diadakan nanti.

"Keyakinan tersebut berdasarkan pencapaian BN di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu dan juga PRK yang diadakan di beberapa kawasan sebelum ini.

"Rata-rata penyokong pembangkang sebelum ini telah kembali menyokong BN," katanya.

Penyandang kerusi DUN Kerdau daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, meninggal dunia Sabtu lalu selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti sebanyak 1,615 undi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN akan memastikan semua peneroka dari tiga Felda di Kerdau iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menyokong kerajaan.

"Jumlah pengundi berdaftar di DUN Kerdau setakat ini ialah seramai 9,000 orang dan daripada jumlah tersebut, 3,011 merupakan peneroka di tiga Felda tersebut.

"Untuk memastikan mereka menyokong kerajaan, kita akan memasuki Felda tersebut dan seterusnya melakukan kunjungan rumah ke rumah dengan mengadakan dialog kumpulan kecil, biar nampak mesra dan berkesan," katanya.

Terkini: 40 cubaan lari Anuwar Ibrahim



Adakah semua kerana wang ? Mustahil !!!

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Datuk ZAID IBRAHIM
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
25. Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah
26. Terkini 2011 ramai ketua2 dan ajk2 cabang PKR di Sabah

Kerusi Parlimen

27. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
28. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
29. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
30. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

31. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
32. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
33. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
34. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
35. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
36. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
37. Bekas Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang , Fairus Khairuddin

PEGUAM ANWAR TARIK DIRI / MENINGGALKAN ANWAR

Tiga peguam terkemuka beragama Islam yang menarik diri atau telah meninggalkan Anwar Ibrahim dari membela kes liwatnya sama ada Sodomi 1 atau Sodomi 2 ialah:-

38. Hj Zainur Zakaria
39. Hj Sulaiman Abdullah
40. Raja Aziz Addruse

Apakah yang kita boleh terjemahkan bersabit penarikan diri peguam2 Islam tersohor di Malaysia ini?

9080 pengundi DUN Kerdau bersedia mengundi pada 6 Mac 2011

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diadakan pada 6 Mac dan hari penamaan calon akan diadakan pada 26 Feb, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PRK DUN Kerdau terpaksa diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Febuari lalu . akibat serangan jantung di kediamannya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 7.15 malam.

Pilihan raya umum 2008, Zaharuddin memperolehi 4,135 undi, dengan majoriti 1,615 undi menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim yang dengan meraih 2,520 undi.

Bagi PRK DUN Kerdau kali ini, jumlah mereka yang layak untuk mengundi seramai 9,080 pengundi termasuk 15 pengundi pos.

Kira lapan puluh lapan peratus pengundi di kawasan berkenaan berbangsa Melayu, lima peratus pengundi Cina, tiga peratus pengundi India dan dua peratus pengundi pelbagai kaum.

- MediaUMNO.

Siapa sahaja tak apa....

UMNO Bahagian Kuala Krau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti dalam menentukan siapa yang akan dipilih untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Ismail Muhamed Said berkata, sehingga kini UMNO Bahagian belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam tempoh terdekat.

“Siapa yang dicadangkan untuk menjadi calon akan diketuai selepas berjumpa dengan Menteri Besar, ketika ini beliau berada di luar negara dan dijangka pulang malam, saya akan bertemu denganya dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat hari bukan mesyuarat untuk membincangkan nama calon, tetapi mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya bersama UMNO pusat,” katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama UMNO Malaysia.

PRK DUN Kerdau bakal diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya itu, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Bagi PRK DUN Kerdau, jumlah pengundi yang layak untuk mengundi 9,080 pengundi termasuk 15 pengundi pos.

Kira lapan puluh lapan peratus pengundinya berbangsa Melayu, lima peratus pengundi Cina, tiga peratus pengundi India dan dua peratus pengundi pelbagai kaum.

Ismail berkata, nama-nama yang dikatakan disenarai pendek menjadi calon pada PRK DUN Kerdau seperti dilaporkan media bukanlah dikeluarkan oleh UMNO Bahagian, sebaliknya adalah spekulasi pihak media.

“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang nama kepada mana-mana pihak, itu semua adalah spekulasi pihak media, macam mana nak beri nama sedangkan kami pun belum bermesyuarat mengenai perkara itu,” katanya.

MediaUMNO

Profil N.28 Kerdau Pahang

Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63
ADUN Kerdau, Pahang.
Ringkasan profil kawasan N.28 Kerdau, Pahang
Maklumat berdasarkan pru 2008:


Jumlah pemilih: 8451

Undi tolak: 122
Kertas undi dikeluarkan: 6789
Undi tdk kembali: 12
Peratus pengundian: 80.33%
Majoriti: 1615

Terdapat 13 daerah mengundi iaitu:

087/28/01 rumpun makmur
087/28/02 felda jengka 25
087/28/03 felda jengka 22
087/28/04 kg batu sawar
087/28/05 felda jengka 23
087/28/06 kuala tekal
087/28/07 pulau pasir mandi
087/28/08 kerai
087/28/09 lipat kajang
087/28/10 desa murni
087/28/11 kerdau
087/28/12 kuala kerdau
087/28/13 teluk sentang

Peratusan pengundi:

Melayu 89%
Cina 6%
India 3.7%
Lain-lain 2.5% 

Sedikit tentang DUN Kerdau:

N.28 kerdau
Pru 2004 -pemilih 8027
Majoriti - 2565 (40.67%)
Calon bn ( redzwan harun) - 4436 (70.33%)
Calon pas ( abu bakar mohamed) - 1871 (29.67%)

Pru2008 - pemilih 8451

Majoriti - 1615 (24.22%)
Calon bn (zaharuddin kassim) 4135 (62.02%)
Calon pas (hassanuddin salim) 2520 (37.80%) 

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA