Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

PKR lebih kuat berbanding PAS di Kerdau

Kerusi KERDAU merupakan "hak semulajadi" PAS, namun kekuatan PKR sebenarnya melebihi PAS memandangkan parti itu mempunyai calon tempatan berwibawa, antaranya Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Berada kira-kira 20 kilometer daripada pusat bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan ekonomi pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra, serta peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dalam pada itu, jentera Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang remeh kemampuan pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin pembangkang akan memberi tentangan sengit kepada BN kerana kawasan tersebut merupakan salah satu kubu kuat mereka.

Katanya, di kawasan DUN Kerdau terdapat ramai pemimpin tempatan pembangkang yang dikatakan sebagai 'individu pilihan' untuk menjadi calon selain mahu menunjukkan 'kebangkitan' mereka selepas tewas dalam beberapa PRK sebelum ini.

"Bagaimanapun kita akan pastikan semua dakyah pembangkang di kawasan tersebut terbongkar dan kita akan mengerakkan jentera BN dalam masa terdekat untuk memenangi hari rakyat.

"Usaha itu penting bagi memastikan pemikiran pengundi di DUN Kerdau tidak dikaburi dengan janji ilusi pembangkang melalui ceramah atau saluran lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahmad, beliau yakin BN mmpu mengekalkan kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya yang akan diadakan nanti.

"Keyakinan tersebut berdasarkan pencapaian BN di kerusi tersebut pada pilihan raya umum lalu dan juga PRK yang diadakan di beberapa kawasan sebelum ini.

"Rata-rata penyokong pembangkang sebelum ini telah kembali menyokong BN," katanya.

Penyandang kerusi DUN Kerdau daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, meninggal dunia Sabtu lalu selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti sebanyak 1,615 undi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN akan memastikan semua peneroka dari tiga Felda di Kerdau iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 menyokong kerajaan.

"Jumlah pengundi berdaftar di DUN Kerdau setakat ini ialah seramai 9,000 orang dan daripada jumlah tersebut, 3,011 merupakan peneroka di tiga Felda tersebut.

"Untuk memastikan mereka menyokong kerajaan, kita akan memasuki Felda tersebut dan seterusnya melakukan kunjungan rumah ke rumah dengan mengadakan dialog kumpulan kecil, biar nampak mesra dan berkesan," katanya.

No comments:

Post a Comment

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA