Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Siapa sahaja tak apa....

UMNO Bahagian Kuala Krau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti dalam menentukan siapa yang akan dipilih untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Ismail Muhamed Said berkata, sehingga kini UMNO Bahagian belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam tempoh terdekat.

“Siapa yang dicadangkan untuk menjadi calon akan diketuai selepas berjumpa dengan Menteri Besar, ketika ini beliau berada di luar negara dan dijangka pulang malam, saya akan bertemu denganya dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat hari bukan mesyuarat untuk membincangkan nama calon, tetapi mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya bersama UMNO pusat,” katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama UMNO Malaysia.

PRK DUN Kerdau bakal diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya itu, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Bagi PRK DUN Kerdau, jumlah pengundi yang layak untuk mengundi 9,080 pengundi termasuk 15 pengundi pos.

Kira lapan puluh lapan peratus pengundinya berbangsa Melayu, lima peratus pengundi Cina, tiga peratus pengundi India dan dua peratus pengundi pelbagai kaum.

Ismail berkata, nama-nama yang dikatakan disenarai pendek menjadi calon pada PRK DUN Kerdau seperti dilaporkan media bukanlah dikeluarkan oleh UMNO Bahagian, sebaliknya adalah spekulasi pihak media.

“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang nama kepada mana-mana pihak, itu semua adalah spekulasi pihak media, macam mana nak beri nama sedangkan kami pun belum bermesyuarat mengenai perkara itu,” katanya.

MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA