Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Nik AJIS hina Kadi Daerah Bentong !

Pengundi Kerdau diyakini cukup bijak dan matang untuk membuat penilaian terhadap tindakan Pas yang meletakkan calon kitar semula mereka, Hassanuddin Salim untuk bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Walaupun dilihat Pas seolah-olah ketandusan calon namun Ketua UMNO Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said berkata apa yang lebih penting pengundi akan melihat kepada rekod wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang begitu cemerlang menguruskan kawasan berkenaan.

Justeru beliau percaya pengundi DUN Kerdau akan sekali lagi memberikan kepercayaan kepada BN untuk membela nasib mereka berbanding calon Pas yang sudah ditolak pengundi sebelum ini .

“Kita memang jangkakan Pas akan letak calon yang lama dan kita sebagaimana pesanan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kita tidak akan bersikap takbur.

“Sebaliknya BN akan terus bekerja kuat dan melipatgandakan usaha untuk memastikan calon kita, Syed Ibrahim Syed Ahmad menang. Itu adalah komitmen kiita,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ketika ditanya apakah tindakan Pas meletakkan calon kitar semula itu seolah-olah melepaskan batuk ditangga, Datuk Ismail berkata perkara itu hanya Pas yang tahu.

“Namun kalau mereka tidak bersungguh-sungguh takkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri turun ke Kerdau dan memberikan tazkirah hingga sanggup menghina Kadi Daerah Bentong sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Rumpun Makmur tadi.

“Perkara ini cukup malang dan saya amat kecewa sekali kerana Nik Aziz sanggup berbuat demikian di hadapan Kadi dan Jemaah yang lain. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku selepas ini,” katanya.

Berhubung proses penamaan calon esok, beliau menjangkakan 10,000 penyokong BN akan mengiri calon, Syed Ibrahim Syed Ahmad ke pusat penamaan calon esok di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA