Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

BN adil: Calon PAS dapat tender Hospital Temerloh

Saudara Pengarang,

Saya amat tertarik dengan pendedahan berkaitan calon Pas untuk PRK Kerdau dan Merlimau. Isu yang mereka mainkan ialah kerajaan BN zalim. Persoalannya benarkah zalim ?

Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad Abdullah tinggal di kuarters kerajaan iaitu penempatan yang disediakan bagi pegawai kerajaan termasuklah kepada isterinya seorang guru. Jika kerajaan zalim tentunya dia telah awal-awal lagi dihambat keluar ekoran bertanding atas tiket pembangkang. Namun demikian, kerajaan tidak pernah menyentuh berkaitan hal terbabit apatah lagi untuk mengungkit apa yang telah disediakan kepada rakyatnya.

Begitu juga dengan calon Pas di Kerdau, Hassanuddin Salim, yang dikhabarkan mendapat tender kerajaan di Hospital Temerloh yang sepenuhnya adalah milik kerajaan.

Namun demikian tiada sesiapa yang mengungkit berkaitan hal terbabit malah apabila ada media mengajukan kepada Menteri Besarnya, jawabnya, “kita adalah kerajaan yang adil, semua rakyat mendapat layanan sama rata tanpa melihat idealogi politik termasuklah dalam pemberian tender. Jika tidak bagaimana pula mereka nak cari makan… mereka pun ada anak bini.”

Terfikir, tak malukah calon Pas ini. Mereka membuat pelbagai tuduhan pada kerajaan dan kepimpinan BN. Itu belum lagi dengan fitnah dan caci maki mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka mendapat nikmat kesenangan hasil daripada BN. Tumpang teduh hujan panas bawah bumbung yang dibina oleh kerajaan BN, cari makan dengan mengharapkan bantuan kerajaan BN tapi masih lagi terus tuduh BN zalim.

Memang tak tahu dek untung, ibarat anjing tersepit, sudahlah ditolong tapi yang menolong pula mahu digigitnya.

Kerajaan memang langsung tak pernah mengharapkan rakyatnya ucap terima kasih atas apa yang dilaksana. Begitu juga penghargaan tapi sekurang-kurangnya sebagai seorang Islam, tentunya dia tahu mensyukuri nikmat Allah S.W.T tanpa kufur atas apa yang diberikan.

Terbukti bahawa inilah wajah dan perangai orang-orang Pas.

Sedar diri,
Airika Malek

1 comment:

  1. masaalahnya bila dah bagi sekali nak berkali-kali. orang lain tak payah dapat tender. bila sendiri tak cukup mulalah kata kerajaan tak adil. bukan orang PAS sahaja. Yang dalam UMNO/BN pun macam tu gak. Bila dapat tender sanggup jadi barua, tapi bila tender yang ke 10 tak dapat bini ngamuk sebab dah tempah gelang emas baru. masa tu kata wakil rakyat tak kenang budi dan sebagainya sampai bini dia terpaksa pakai gelang Zhulian. hehehe

    ReplyDelete

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA