Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Golongan muda Kerdau tidak sealiran dengan pembangkang !!!

Golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cubaan pembangkang mempengaruhi pemikiran golongan belia supaya tidak menyokong kerajaan juga kini tidak lagi berjaya. Golongan belia telah menyedari bahawa parti pembangkang tidak mampu memenuhi kehendak dan aspirasi mereka seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka. Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu, antara punca kekalahan BN di beberapa buah negeri dan kerusi tertentu ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda,” katanya selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia di Kampung Kuala Tekal dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, golongan muda kini menyedari bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

“Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan program bagi setiap lapisan masyarakat khususnya kepada generasi muda yang menyebabkan pembangkang sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan.

Walaupun kajian dibuat menunjukkan peratusan bahawa golongan belia di Kerdau menyokong calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad, namun saya tetap merayu agar kita gerakkan lagi gerakkerja kita bagi menarik lebih ramai penyokong BN, selain mengekalkan momentum sokongan golongan belia kepada BN, seterusnya memastikan kemenangan calon kita, 6 Mac ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, kementeriannya akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewujudkan projek ternakan ikan dalam sangkar kepada golongan muda di DUN itu khususnya yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dengan usaha dan pendekatan yang dibuat, beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan.

– MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA