Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

PAS anggap penduduk Kerdau tak perlukan Ustaz !!!

Untuk memenangi hati orang ramai bukan mudah, tetapi siapa sangka, calon BN di DUN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad hanya menggunakan pendekatan ringkas, iaitu berjumpa dan terus berjumpa dengan pengundi.

Sambil memberitahu masih ada yang belum ditemui dalam kempen setakat hari keempat semalam, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "Syed Ibra" menjelaskan:

"Kita perlu bergerak lebih banyak walaupun kadang-kadang dah ada di tempat itu yang kita dah jumpa, kita kena ulang lagi."

Menurutnya juga, dengan pendekatan itu, semua orang yang ditemuinya "tiada masalah" dan tiada yang mengelak kedatangannya - reaksi balas yang didakwa menyenangkan hati.

"Alhamdulllah, (saya) tak ada letak tangan atas dahi (tanda susah hati), tak ada. (Saya) tidur lena aman sejak mula lagi," katanya sambil ketawa kecil.

Dalam pilihan raya kecil DUN itu 6 Mac ini, beliau akan ditentang calon PAS Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

"Ini biasalah, mereka bergurau. Tetapi kita tak bolehlah mempermudahkan sokongan mereka itu," tegasnya lagi yang mengaku mendapat "sokongan kuat" dalam keadaan "badan sihat".

Sarjana Bahasa Arab daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam - itu juga berkata sokongan kuat terhadapanya tergambar dari awal lagi.

"Saya tengok dari hari mula penamaan calon lagi, masyarakat turun begitu ramai memberikan sokongan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai (perarakan). Itu sebagai bukti mereka menyokong," katanya.

Diminta mengulas kempen lawannya Hassanuddin, beliau berkata, masing-masing mempunya cara tersendiri bagi mendekati pengundi.

Bagaimanapun, tambahnya, dengan "kebijaksaan strategi BN", beliau yakin DUN Kerdau akan tetap dipertahankannya.

Nak agama, nak pembangunan

Bagi bapa kepada tiga anak itu, sepanjang empat hari berkempen, semuanya berlangsung harmoni seperti sebuah keluarga.

Sebagai seorang ustaz dan seorang penasihat agama kepada menteri besar, Syed Ibrahim juga berpendapat penduduk di DUN itu bukan sahaja mahukan pembangunan, tetapi juga calon yang arif dalam bidang agama.

Mengulas kenyataan naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 28 Februari bahawa Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, Syed Ibrahim berangapan itu hanyalah kenyataan politik.

Dalam pilihan raya kecil Ahad depan, serentak dengan Merlimau, seramai 8,999 pengundi akan membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan BN atau beralih angin kepada PAS.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim sebagai calon pilihan, dijangka makin diasak hebat oleh pembangkang yang menjadikan isu kebajikan peneroka Felda sebagai senjata utamanya memandangnya pengundi di kawasan itu mewakili satu pertiga daripada keseluruhan pengundi.

No comments:

Post a Comment

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA