Terkini PRK Merlimau

Terkini @RT

Calon BN tak ada ijazah dari Al Azhar ?


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.
“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.
“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.
Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.
Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.
“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.
“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.
Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. -MediaUMNO.

2 comments:

  1. salam tuan,

    selamat berjuang.


    Mohon link blog ini ke blog tuan ya..

    Segala kerjasama didahului ucapan ribuan terima kasih.

    mimview.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. awat lah depa ni....

    kalau benar lah sijil tu palsu...da lama da depa kemukakan bukti....

    by the way awat yang depa sibuk sgt pasal sijil dpd Universiti Al-Azhar ni...pengiktirafan yang Tuan Syed Ibrahim ni iman tinggi ker...? sejak bila plak sijil ni bagi pengiktirafan sebegitu rupa...? relaks la sedangkan DSAI yang ber'ijazah' sastera melayu tu...dikatakan 'anugerah tuhan' oleh DS Wan Azizah...apa lah nak kalut...

    yang bertanding ni individu....mewakili parti....mewakili prinsip....yang dinilai oleh rakyat sendiri lah.....

    giler biol !

    wallahu'alam...

    ReplyDelete

UMNO Online

Utusan Online

BERNAMA